Karier Wallace Huo

2002-2003

Wallace mula dikenali dengan iklan telefon bimbit dengan Angelica Lee pada tahun 2000. Setelah menyempurnakan khidmat tenteranya pada 2002, Wallace menyertai etKING dan menjadi dua pelakon utama dalam drama baru “Star”. Sekali dengan persembahan dalam drama itu, Wallace mendapat peluang menyanyi lagu tema “Star”. Sejak itu, karier lakonannya bermula. Pada tahun 2003, dia memegang watak utama dalam pelbagai drama idol yang diterbitkan di Taiwan seperti At Dolphin Bay, Westside Story, Secret Garden, Great Teacher, Pretty Girl,100% Senorita”, dll. Drama idol At Dolphin Bay, dengan Wallace berlakon sebagai Zhong Xiao Gang, menyebabkannya terkenal dan popular. Tiba-tiba dia menjadi rebutan ramai penerbit. Pun begitu, sebagai orang baru, dia tidak berhak untuk menetapkan terma-terma dan syarat-syarat kontrak dengan syarikat penerbitan. Ketika mana ramai orang menganggapnya sebagai super star popular, Wallace terpaksa menunggang motorsikal untuk pergi ke lokasi penggambaran berbeza. Itu membuatkannya sangat letih, lalu tertidur ketika memandu. Setelah berlakon dalam tujuh buah drama pada 2003, dia mengambil keputusan untuk berubah disebabkan mod pesembahan jenis formula. Dia memikirkan bagaimana cara untuk mengembangkan kariernya lebih jauh, "Saya sangat menghargai masa ketika berada di Taiwan, tetapi saya tidak akan melepaskannya kerana saya mempunyai harapan tinggi bagi peluang di tanah besar China."

2004-2005

Pada tahun 2004, Wallace mengambil keputusan untuk bekerja di tanah besar China demi kemajuan karier dan mengasah kemahiran persembahan. Hasil pertamanya di tanah besar China adalah membikin filem Hands in the Hair dengan gandingan bersama aktres Rosamund Kwan.Pada April 2004, Wallace membintangi drama seni mempertahankan diri pertamanya The Royal Swordsmen yang diarahkan oleh Wong Jing. Dia melakonkan watak penyiasat berwarna-warni “No. 1 on Di” - “Gui Hai Yi Dao”. Dia juga menyanyikan lagu tema drama itu, “Your No. 1”. Drama itu ditayangkan di tanah besar China pada 2005 dan lakonan Yidaonya yang melankolik menerima ulasan yang tinggi melangit daripada peminat dan penonton. Ia terbukti menjadi titik perubahan penting bagi Wallace dalam kariernya. "Wallace sangat bijak dan merupakan seorang pelakon dengan wawasan dan perspektif yang unik," komen Wong. "Dia lebih matang dalam Romance of Red Dust, dan menghayati sepenuhnya wataknya. Saya sangat faham mengapa Dong Wang begitu suka dan menghargainya." Kemudian, Wallace mendapat watak utama dalam Romance of Red Dust. Penerbit Wang Ziming memuji-muji Wallace kerana dedikasinya dalam drama itu. Wallace memegang watak utama dalam drama berikutnya bersama Sound of Colors, Ruby Lin. Drama itu berasal daripada komik pelukis komik ternama Jimmy.Pada September 2005, Wallace membintangi drama idol Emerald on the Roof. Ekoran persembahan fantastiknya dalam drama itu, dia dicalonkan sebagai pelakon terbaik Sina Drama Award musim ke-3. Wallace sendiri mengungkapkan bahawa drama ini adalah saat yang paling penting dalam karier persembahannya. Drama ini dan watak Zhou Nian Zhong memberikannya sebegitu banyak yang sukar dilupakan.

2006-2007

Pada Mei 2006, Wallace membintangi sebuah drama TV komedi kungfu Love at First Fight, bersama-sama aktres Hong Kong Miriam Yeung. Selepas drama itu, Miriam mengundang Wallace untuk mengambil bahagian dalam MV barunya Da Sha. Love at First Fight adalah drama komedi pertama Wallace dan kali ketiganya bekerjasama dengan Chui Bo Chu, seorang penerbit Hong Kong berlabel emas. Wallace memegang watak gila yang aneh laku Li Ya Shou. Ia adalah cabaran besar baginya dalam mempersembahkan watak komedi. Pada Jun 2007, Wallace membintangi drama TV Romantic Red Rouge. Drama itu tentang penderitaan rakyat, dalam drama itu Fan Bing Bing tidak sahaja debut sebagai penerbit, tetapi juga berlakon sebagai aktres utama. Dalam drama berikutnya A Mobile Love Story, Wallace terjebak dalam cinta tiga segi dengan aktres Han Xue dan aktor Singapura Christopher Lee.

2008-2009

Pada tahun 2008, Wallace membintangi Chinese Paladin 3, sebuah prekuel Chinese Paladin. Sejak pertama kali ditayangkan pada 2009, kadar tontonan meningkat mendadak, menjadi salah satu daripada tiga teratas drama TV terbaik pada tahun itu. Dia melakonkan watak Xu Chang Qing, yang bersedia dengan pedang dan dipenuhi perasaan, mengembara seluruh alam ghaib. Lakonan itu membuatkannya sangat popular dan menaikkan kemasyhurannya di tanah besar China. Perwatakan pakar Taoisme dalam drama ini, berpakaian serba putih dan mengamalkan pantang larang, telah dilabel sebagai lelaki tampan yang tiada taranya di zaman kuno. Perwatakan "tofu putih" itu telah tertanam dalam di dalam minda peminat. Dibandingkan dengan watak yang sama di dalam permainan, Wallace benar-benar mentranspirasikan perwatakan dan kehormatan Xu Chang Qing dalam drama itu. Dia ada bakat dalam jenaka dingin, dengan penghantaran bersahaja dan selalu bersedia untuk datang menyelamatkan seseorang dalam situasi berbahaya. Gerak isyarat bentuk V juga klasik.

2010-2011

Pada separuh kedua tahun 2010, Wallace membintangi Detective Tanglang dan Go Yi Yi Go sebagai teraju utama, yang disiarkan oleh China Central Television (CCTV). Ini menaikkan pentasnya dan dia menjadi pelakon paling popular di CCTV 1 pada jam 10:00pm dan di CCTV 8 pada jam 7:30pm pada waktu perdana.Pada Januari 2011, Southeast TV dan Shenzhen TV menyiarkan drama Tahun Baru,The Vigilantes In Masks, Wallace membintanginya sebagai Li Gexiao. Li Gexiao mengetuai kumpulan empat orang Yi Zhi Mei dan menolong orang miskin dan lemah melawan kerajaan yang korup. The Vigilantes in Masks menjadi pemenang yang dijangkakan melalui pencapaian populariti yang besar di atas talian dan di TV. Kemudian pada tahun 2011, sebagai penerbit, rakan Ruby Lin, Wallace menyertai dramanya,Qing Shi Huang Fei (juga dikenali sebagai The Glamorous Imperial Concubine). Wallace melakonkan watak Maharaja Liu Liancheng yang jatuh cinta pandang pertama dengan Ma Fuya dan tidak pernah berubah cinta padanya. Liancheng adalah watak yang rumit tetapi menawan hati. Dia mengikuti kata hatinya dan mati demi cintanya.

2012-kini

Pada 2 Februari 2012, drama perubatan Wallace Inspire the Life disiarkan di CCTV-1 semasa waktu perdana. Drama itu menerima beberapa anugerah tajaan kerajaan termasuklah Anugerah Karya Terbaik dan Chinese Television Flying Apsaras Awards. Wallace melakonkan watak Han Zihang, doktor pembantu dengan latar belakang pendidikan luar negara. Dia bergandingan dengan Wang Zhiwen Wang, Li Chengru dan Zhang Tieling yang merupakan pelakon-pelakon terkanal dan disegani.Pada April 2012, Wallace memegang watak Linghu Chong dalam Swordsman, yang berdasarkan satu novel genre wuxia klasik Jin Yong yang berjudul sama. Swordsman disiarkan di Hunan TV semasa waktu perdana sebagai drama Tahun Baru Cina. Ia mendapat rating no. 1 di TV dan atas talian. Bersekali dengan watak utama yang baik hati dan bebas Linghu Chong, Wallace juga melakonkan watak tersembunyi dan berbahaya, Yang Lianting. Kejayaan drama itu meletakkan Wallace di pusat bualan dan mempamerkan popularitinya di kalangan penonton.

Wallace kemudian membintangi drama perang pertamanya, Battle of Changsha, yang merupakan epik perang anti-Jepun yang diterbitkan oleh Shandong Film and TV Group dan diarahkan oleh Sheng Kong. Sheng memenangi Anugerah Magnolia untuk pengarahan terbaik. Pasukannya menerbitkan drama perang berating tinggi Between Life and Death. Dalam Battle of Changsha, Wallace melakonkan watak Gu Qingming, seorang pemuda yang datang daripada keluarga ternama dan berjuang dengan berani di barisan depan demi negaranya di sebalik semua tentangan. Kisah cinta Gu Qingming dan Hu Xiangxiang (yang dilakonkan oleh aktres muda Yang Zi) dibandingkan dengan kisah cinta dalam Gone with the Wind. Battle of Changsha terpilih sebagai salah satu drama terbaik pada 2014 selepas ia ditayangkan kali terakhir di CCTV-8 semasa pertengahan Julai 2014.

Drama kostum Wallace Perfect Couple (drama China) telah difilemkan bermula April 2013. Wallace bukan sahaja memainkan watak utama Jin Yuanbao dalam Perfect Couple, tetapi juga bertindak sebagai penerbit drama itu. Ini adalah percubaan pertamanya untuk mengembangkan kariernya kepadaa penerbitan drama, drama itu kemudiannya ke udara pada 21 April 2014[1][2] dan ternyata ia menjadi kejayaan besar. Interaksi yang mencuit hati dan mengharukan antara watak-watak utama berserta penampilan mereka yang cemerlang menjadikan Perfect Couple sebagai drama paling popular di atas talian. Ia kemudian mencecah 1 bilion sasaran di laman-laman sesawang arus perdana.

Pada November 2013, Wallace membintangi The Great Protector, sebuah drama yang diuruskan “The First Screenwriter” Zou Jingzhi dan difilemkan oleh pasukan movie The Grand Master. Dengan sudut pandangan yang unik dan wawasan kebudayaannya, drama itu menggambarkan kehidupan rakyat biasa semasa zaman akhir Dinasti Qing hingga ke Revolusi 1911. Wallace memegang watak utama Liu Anshun. Itu kali pertama Wallace membintangi drama yang berlatarbelakangkan zaman Dinasti Qing. Wallace menganggap The Great Protector sebagai “sebuah drama yang dapat diperlihatkan kepada keturunan saya”. Drama ini ke udara pada 25 Disember 2014 di empat saluran TV satelit yang berbeza.